Kursus Orientasi DSKP Tahun 5

Salam Aidilfitri

Ahlan wa Sahlan!

KSSR Bahasa Arab Tahun 4

Saturday 3 January 2015

Posted by Unknown On 00:10
Assalamualaikum.

Para pendidik Bahasa Arab boleh mendapatkan contoh RPT bagi subjek Bahasa Arab Sekolah Rendah Tahun 2015 melalui pautan berikut. Walau bagaimanapun, pada pendidik dinasihatkan agar mengubahsuai RPT tersebut mengikut takwim, aras murid dan keperluan sekolah masing-masing.

Semoga contoh RPT ini dapat membantu para pendidik dalam merancang pengajaran yang lebih berkesan.

1. Bahasa Arab Tahun 3
2. Bahasa Arab Tahun 4
3. Bahasa Arab Tahun 5
4. Bahasa Arab Tahun 6

Sunday 5 October 2014

Posted by Unknown On 22:20



Pada 25 dan 26 September 2014 (Khamis dan Jumaat) telah berlangsung Kursus Orientasi KSSR Bahasa Arab Tahun 5 bagi guru-guru Bahasa Arab Daerah Melaka Tengah di Dewan Bestari, Jabatan Pendidikan Negeri, Bukit Baru, Melaka.


Taklimat DSKP oleh Ustazah Halimatun Sa'adiah

Seramai 60 orang peserta telah menyertai kursus pada kali ini. Kursus orientasi pada tahun ini hanya dilaksanakan selama 2 hari bagi memberi pendedahan kepada guru-guru Bahasa Arab yang bakal mengajar subjek Bahasa Arab tahun 5, 2015.

Guru-guru telah diberi pendedahan tentang konsep asas Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan penggunaan DSKP dalam proses PdP (pembelajaran dan pengajaran) Bahasa Arab. Selain itu, mereka turut diberi kefahaman tentang pelaksaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam membina objektif pembelajaran, aktiviti semasa PdP dan pentaksiran.

Taklimat DSKP 2 oleh Ustaz Helmirizal Che Long

KBAT oleh Ustaz Mohd Yusri Kamarudin



Pemetaan DSKP oleh Ustazah Irda Marlina

Pada tahun ini, tiada bengkel dijalankan semasa kursus orientasi, namun begitu para peserta dapat melihat kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh Guru Cemerlang Bahasa Arab yang juga merupakan Jurulatih Utama Kebangsaan, Ustaz Izwan Akmal dari SK Batu 38, Sabak Bernam, Selangor melalui paparan video. Ini mampu memberi suntikan semangat dan motivasi kepada para peserta untuk melaksanakan PdP secara kreatif di samping mengaplikasikan 4 fasa terarah, KBAT, EMK dan menjalankan pentaksiran.



Wednesday 17 September 2014

Posted by Unknown On 09:13


Anda boleh memuat turun soalan-soalan PKSR 2 melalui pautan berikut:

1. PKSR 2 Tahun 1

2. PKSR 2 Tahun 2

3. PKSR 2 Tahun 3

4. PKSR 2 Tahun 4

5. PKSR 2 Tahun 5

6. PKSR 2 Tahun 6

Wednesday 13 August 2014

Posted by Unknown On 14:40




Pada 13 Ogos 2014 telah berlangsung Kursus Orientasi KSSR Tahun 5 Bahasa Arab bagi daerah Alor Gajah. Kursus ini telah diadakan di Bilik Khawarizmi, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, Bukit Katil.




Seramai 57 orang peserta telah menghadiri kursus pada hari pertama ini. Peserta kursus telah diberi pendedahan tentang konsep umum Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5, pelaksanaan DSKP dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dan bacaan serta pemetaan DSKP Bahasa Arab Tahun 5.






Posted by Unknown On 01:24


Kursus Orientasi bagi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Arab untuk murid-murid Tahun 5 (kegunaan 2015) bakal diadakan selama 2 hari bagi setiap daerah.

Berikut adalah maklumat berkaitan tarikh dan tempat kursus:


    1. Daerah Alor Gajah   (13 & 14 Ogos 2014- Bilik Khawarizmi, BTPN Bukit Katil)
    2. Daerah Melaka Tengah (24-25 September 2014- Dewan Bestari, JPN Bukit Baru)
    3. Daerah Jasin (1-2 Oktober 2014- Dewan Seminar, PPD Jasin)
Setiap sekolah hendaklah menghantar seorang guru Bahasa Arab yang akan mengajar subjek tersebut bagi murid-murid Tahun 5 2015.

Anda boleh memuat turun surat dan bahan-bahan kursus KSSR Tahun 5 pada pautan berikut:

Thursday 31 July 2014

Posted by Unknown On 00:28








Tangan dihulur maaf dipinta,

Eratkan silaturrahim sesama kita,

Semoga gembira di hari yang mulia,

Segala amalan diterima Yang Esa,

Berbahagia di dunia dan di akhirat jua.




Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin




Wednesday 25 June 2014

Posted by Unknown On 02:32


Pada 21 Jun 2014 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Kesang Tua dengan kerjasama PPD Jasin telah mengadakan Bengkel Amalan Terbaik Guru khusus untuk guru-guru Bahasa Arab Sekolah Rendah. Bengkel ini diadakan selama sehari di Dewan Seminar, PPD Jasin. Ustaz Mohd Yusri bin Kamarudin telah diundang bagi memberi dan berkongsi ilmu dengan guru-guru Bahasa Arab Daerah Jasin.


Seramai 36 orang peserta daripada 40 buah sekolah  seluruh Daerah Jasin telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini dilihat sebagai suatu usaha yang sangat baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang bagi memberi motivasi serta pendedahan kepada guru-guru Bahasa Arab khususnya dalam mendidik anak-anak pelajar agar mereka meminati Bahasa Arab.





Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka iaitu Tuan Haji Ahmad Hamizi bin Abu Hasan.