Pada 25 dan 26 September 2014 (Khamis dan Jumaat) telah berlangsung Kursus Orientasi KSSR Bahasa Arab Tahun 5 bagi guru-guru Bahasa Arab Daerah Melaka Tengah di Dewan Bestari, Jabatan Pendidikan Negeri, Bukit Baru, Melaka.
Taklimat DSKP oleh Ustazah Halimatun Sa'adiah
Guru-guru telah diberi pendedahan tentang konsep asas Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan penggunaan DSKP dalam proses PdP (pembelajaran dan pengajaran) Bahasa Arab. Selain itu, mereka turut diberi kefahaman tentang pelaksaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam membina objektif pembelajaran, aktiviti semasa PdP dan pentaksiran.
Taklimat DSKP 2 oleh Ustaz Helmirizal Che Long
KBAT oleh Ustaz Mohd Yusri Kamarudin
Pemetaan DSKP oleh Ustazah Irda Marlina
Pada tahun ini, tiada bengkel dijalankan semasa kursus orientasi, namun begitu para peserta dapat melihat kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh Guru Cemerlang Bahasa Arab yang juga merupakan Jurulatih Utama Kebangsaan, Ustaz Izwan Akmal dari SK Batu 38, Sabak Bernam, Selangor melalui paparan video. Ini mampu memberi suntikan semangat dan motivasi kepada para peserta untuk melaksanakan PdP secara kreatif di samping mengaplikasikan 4 fasa terarah, KBAT, EMK dan menjalankan pentaksiran.
0 comments:
Post a Comment