Thursday, 31 July 2014

Posted by Unknown On 00:28








Tangan dihulur maaf dipinta,

Eratkan silaturrahim sesama kita,

Semoga gembira di hari yang mulia,

Segala amalan diterima Yang Esa,

Berbahagia di dunia dan di akhirat jua.




Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin




Wednesday, 25 June 2014

Posted by Unknown On 02:32


Pada 21 Jun 2014 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Kesang Tua dengan kerjasama PPD Jasin telah mengadakan Bengkel Amalan Terbaik Guru khusus untuk guru-guru Bahasa Arab Sekolah Rendah. Bengkel ini diadakan selama sehari di Dewan Seminar, PPD Jasin. Ustaz Mohd Yusri bin Kamarudin telah diundang bagi memberi dan berkongsi ilmu dengan guru-guru Bahasa Arab Daerah Jasin.


Seramai 36 orang peserta daripada 40 buah sekolah  seluruh Daerah Jasin telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini dilihat sebagai suatu usaha yang sangat baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang bagi memberi motivasi serta pendedahan kepada guru-guru Bahasa Arab khususnya dalam mendidik anak-anak pelajar agar mereka meminati Bahasa Arab.





Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka iaitu Tuan Haji Ahmad Hamizi bin Abu Hasan.




Tuesday, 25 February 2014

Posted by Unknown On 13:17

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi Tahun 4 yang bermula pada tahun 2014, berlaku beberapa perubahan seperti wujudnya Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Pentaksiran dibuat secara offline.

Selain itu juga, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di kelas. 


Monday, 24 February 2014

Posted by Unknown On 23:42

Selamat datang ke laman blog j-QAF Bahasa Arab Negeri Melaka!

Blog ini diwujudkan atas inisiatif guru-guru j-QAF Bahasa Arab Negeri Melaka bagi membantu guru-guru dalam mendapatkan maklumat dan bahan mengajar berkaitan pengajaran subjek Bahasa Arab sekolah rendah.

Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.